UNIT
3: REFLEKSI DALAM KAJIAN TINDAKAN
Definisi
Refleksi
-Refleksi
adalah proses di mana pengetahuan dibina berdasarkan proses mengingat kembali
(secara terarah), memikir dan mempertimbang serta membuat penilaian terhadap
pengalaman daripada perbuatan, tindakan dan amalan yang dilakukan. Refleksi memerlukan pertimbangan
yang berhati-hati atau panjang atau pemikiran yang dibuat dengan sistematik dan
rasional.
Refleksi dalam Pendidikan
Guru
perlu menjadi pemikir yang reflektif. Guru yang baik adalah guru yang
reflektif, responsif terhadap perubahan emosi dan keperluan pendidikan setiap
seorang daripada pelajarnya. Knowles (1992) menegaskan bahawa:
“One way to think about the meaning
of ‘reflective’ is in terms of properties of mirrors and prisms. Mirrors and
transparent prisms reflect and refract light, they change the direction that
light rays travel, sometimes even ‘bending’ them back on themselves, causing
them to move in direction opposite to that in which they originally travelled.”
Tujuan Refleksi dalam Kajian
Tindakan
Refleksi
dalam kajian tindakan dilaksanakan sebagai asas untuk menggerakkan seseorang
itu untuk mengkaji amalan sendiri dan seterusnya cuba membuat perubahan supaya
amalan tersebut dapat diperbaiki atau dipertingkatkan. Ia bertujuan untuk guru:
- menilai amalan pengajaran kendiri dan membaiki serta mempertingkatkannya.
- menilai kesesuaian strategi pengajaran dan bahan bantu mengajar (BBM) yang digunakan.
- meningkatkan keinginan mengkaji dan menjelaskan peranan serta nilai peribadi berkaitan pendidikan secara berterusan.
- menghuraikan penjelasan tentang pelajar, interaksi bilik darjah serta proses pengajaran dan pembelajaran.
Refleksi
dalam kajian tindakan bermanfaat untuk:
- menjadi pengukur keperluan pelajar
- meningkat kecekapan guru
- melihat kembali matlamat pendidikan, pengajaran dan pembelajaran
- melihat kaedah dan bahan pengajaran yang lebih baik
- melihat kembali matlamat dan objektif yang hendak dicapai
Refleksi
juga penting untuk kreativiti manusia. Ia bertujuan dan berfokus, apabila
diamalkan setiap hari, menjadi satu tabiat minda yang membolehkan manusia untuk
terus memperbaiki dan membuat sebaik mungkin. Refleksi akan membebaskan diri
daripada terperangkap dalam andaian sendiri dan bertindak terburu-buru serta membantu
untuk belajar daripada kesilapan sendiri.
No comments:
Post a Comment