PERINGKAT MELAKUKAN REFLEKSI DALAM
KAJIAN TINDAKAN
Dalam
sesuatu kajian tindakan, refleksi boleh dilakukan sepanjang masa. Walau
bagaimanapun, refleksi perlu dilakukan dalam tiga peringkat yang penting iaitu
peringkat sebelum kajian, semasa kajian dan selepas kajian.
Peringkat Sebelum Kajian
Sebelum
kajian tindakan dimulakan, amalan yang telah dilakukan perlu diingat kembali
dan direnungkan. Perlu fikirkan apakah masalah dalam amalan tersebut,
mengapakah ia berlaku dan bagaimana masalah itu boleh ditangani. Analisis
amalan tersebut dan fikirkan tindakan yang bersesuaian yang perlu dilakukan
supaya amalan itu boleh diperbaiki. Apakah strategi yang sesuai boleh digunakan
dan bagaimanakah menggunakannya adalah perkara yang juga penting difikirkan
dalam peringkat ini. Persoalan-persoalan ini dapat membantu pengkaji dalm
mengubal objektif kajian.
Peringkat Semasa Kajian
Semasa
pengumpulan dan penganalisisan data, refleksi perlu dilakukan. Pada peringkat
ini perlu disemak adakah strategi yang difikirkan sebelum ini sesuai digunakan
untuk mengumpul data. Sekiranya tidak sesuai, strategi yang lain boleh
digunakan. Dalam masa yang sama, perlu juga difikirkan metod yang sesuai untuk
menganalisis data supaya objektif kajian dapat dicapai.
Peringkat Selepas Kajian
Refleksi
sangat penting dilakukan selepas menjalankan kajian tindakan. Perubahan yang
berlaku terhadap amalan sebelum perlu disintesis. Nilai kembali kesan tindakan
yang telah diambil supaya rumusan boleh dilaksanakan dan tindakan susulan boleh
dirancang.
Refleksi pada peringkat ini akan
melengkapkan gelung kajian tindakan yang pertama, sama ada perlu beralih kepada
gelung kajian tindakan yang seterusnya bergantung kepada refleksi pada
peringkat ini.
No comments:
Post a Comment