Ada lima proses penting dalam melaksanakan kajian tindakan iaitu:
1.
idea
permulaan
2.
membina
rancangan tindakan
3.
melaksana
tindakan
4.
memerhati
kesan pelaksanaan tindakan
5.
mereflek
1. Idea Permulaan
Suatu
kajian tindakan bermula dengan satu idea bahawa suatu perubahan atau
penambahbaikan diperlukan dalam amalan guru. Idea tersebut akan terbit daripada
rasa prihatin guru terhadap sesuatu perkara praktikal berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran yang dilakui, di mana suatu masalah sedang
dihadapi.
Contohnya, apabila hampir separuh pelajar sebuah kelas gagal dalam
ujian topikal yang baru dijalankan yang membuatkan guru berasa sesuatu perlu
dilakukan bagi memulihkan kembali situasi; guru mendapati segelintir pelajarnya
tidak memberi sokongan dalam tugasan kumpulan yang diberikan, membuat guru
ingin mengetahui sebabnya; guru mendapati seorang guru mata pelajaran lain
menggunakan teknik pengajaran berasaskan ICT dengan jayanya di dalam kelas, dan
beliau ingin mengetahui sama ada teknik tersebut boleh berjaya diaplikasikan
dalam mata pelajaran yang diajarnya atau sebaliknya. Oleh itu guru tersebut
mencari jalan untuk mengaplikasikan ICT dalam mata pelajaran yang diajarnya dan
mencubanya dalam tindakan kelas. Pendek kata, seseorang pengamal (guru) akan
sentiasa berdepan dengan masalah, yang terjadi apabila nilai-nilai yang
dipegang bertentangan dengan apa yang berlaku dalam amalan, yang menyebabkan
suatu penambahbaikan perlu dicari (Kemmis & Mctaggart,1982;
Whitehead,1985). Situasi tersebut akan memberi idea untuk memulakan suatu
kajian tindakan.
Kemmis
& McTaggart (1988) menggariskan empat langkah penting bagi menjalankan
kajian tindakan; (a) membina suatu rancangan tindakan bagi membaiki sesuatu
yyang sedang berlangsung, (b) melaksana rancangan yang dibina, (c) memerhati
kesan pelaksanaan dalam konteks bilik darjah, dan (d) mereflek atau mengimbas
kembali kesan yang terjadi sebagai asas untuk merancang tindakan seterusnya.
Madzniyah
et.al (1995) pula telah mengemukakan prosedur atau proses pelaksanaan kajian
tindakan mengikut langkah-langkah berikut:
1.
Mengenal
pasti isu atau masalah atau situasi
2.
merancang
tindakan
3.
melaksanakan
langkah-langkah tindakan
4.
meninjau
dan mengutip data
5.
tindakan
untuk gelungan atau kitaran kedua
McNiff
et al (1996) pula berpandangan bahawa asas proses kajian tindakan boleh
digambarkan sebagai:
1.
meninjau
amalan semasa
2.
mengenal
pasti sesuatu aspek yang hendak diperbaiki
3.
membayangkan
langkah ke hadapan
4.
cuba membuat
atau mengambil catatan apa yang berlaku
5.
mengubah
suai perancangan berdasarkan apa yang ditemui dan meneruskan tindakan
6.
menilai
model yang telah diubah suai dan seterusnya sehingga berpuas hati dengan semua
aspek dalam kajian
Walau
apapun pandangan ahli akademik di atas, apa yang dapat disimpulkan ialah proses
suatu kajian tindakan itu ternyata telah memperlihatkan satu kitaran yang jelas
yang patut dipatuhi oleh pengamalnya.
2. Membina Rancangan Tindakan
Setelah
mendapat idea awal untuk memulakan langkah kajian tindakan, penyelidik (guru)
perlu membina rancangan untuk bertindak ke arah penambahbaikan. Sebagai
permulaan, penyelidik perlu menilai situasi sedia ada bagi mendapatkan maklumat
yang akan membantunya merancang tindakan yang bakal diambil. Contohnya, apabila
hampir separuh daripada sekumpulan gagal dalam ujian topikal yang ditadbir,
maklumat terperinci diperlukan tentang soalan-soalan yang gagal dijawab oleh
kumpulan pelajar berkenaan. Maklumat ini dapat diketahui dengan merujuk kepada
isi kandungan yang gagal difahami oleh pelajar sehinggakan tidak dapat menjawab
soalan yang berkaitan dengan topik berkenaan dalam ujiian topikal. Kemudian
berdasarkan maklumat yang terkumpul, penyelidik boleh membentuk soalan
penyelidikan:
1.
Apakah
aspek-aspek yang belum difahami oleh pelajar tentang topik yang diajar?
2.
Apakah
kesukaran yang dihadapi oleh pelajar dalam memahami aspek-aspek tersebut?
3.
Bolehkah
masalah ini diatasi dengan mengajar semula topik tersebut dengan
kaedah pembelajaran masteri?
Setelah
soalan-soalan penyelidikan Setelah soalan-soalan penyelidikan dibentuk,
penyelidik perlu membina suatu kerangka penyelidikan. Bagi kelas yang terlibat,
beberapa ujian diagnostik perlu dibina bagi mengesan kelemahan pelajar,serta
beberapa contoh yang lebih mudah digunakan dalam pengajaran semula. kemudian,
satu ujian setara dengan ujian topikal hendaklah dirangka bagi memastikan sekurang-kurangnya
80% daripada pelajar dapat menjawab kesemua soalan yang dikemukakan.
3. Melaksana Tindakan
Setelah
membina rancangan tindakan, tiba masanya bagi pelaksanaan. Penyelidik (guru)
perlu menyemak kembali kertas jawapan pelajar bagi mengenal pasti soalan-soalan
yang gagal dijawab oleh kebanyakan mereka, diikuti oleh ujian diagnostik bagi
mengesan kesukaran serta kekeliruan yang dihadapi oleh pelajar tentang topik
yang diajar. Setelah itu, penyelidik akan mengajar semula topik berkenaan
dengan memberi contoh-contoh yang lebih mudah difahami oleh pelajar serta
disertai dengan latihan dan bimbingan bagi setiap pelajar secara individu.
4. Memerhati Kesan Pelaksanaan
Semasa tindakan sedang diambil, penyelidik
akan mula mengesan perubahan dalam kalangan pelajar terbabit, jika ada.
Tindak balas yang diberikan oleh pelajar semasa pengajaran semula yang memberi
fokus terhadap aspek-aspek yang sukar difahami akan memberi maklum balas kepada
penyelidik. Akhir sekali, keputusan ujian setara tentang topik yang diajar akan
memberi maklum balas sama ada tindakan yang dilaksanakan berjaya mengurangkan
bilangan pelajar yang gagal kepada hanya 20% daripada keseluruhan pelajar.
5. Mereflek
No comments:
Post a Comment