Saturday, 28 March 2015

HASIL REFLEKSI

Hasil refleksi akan:
  1. memberi pengkaji kefahaman baharu tentang kejayaan atau kegagalan beliau terhadap pengajaran dan pembelajaran.
  2. membantu pengkaji mengambil tindakan pemulihan atau pengayaan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.
  3. pengkaji memahami persekitaran keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran.
  4. merubah persepsi pengkaji terhadap diri, sikap dan pengetahuan tentang bidang, teknik, pendekatan, strategi dan juga kemahiran.
  5. menjadikan pengkaji lebih peka, sentiasa positif dan percaya kepada sesuatu yang sentiasa boleh diubah, dibaiki dan dipertingkat seiring dengan perubahan sama ada dari aspek persekitaran, bilik darjah, pelajar, pentadbir atau pengurusan.



RUMUSAN

Unit ini secara keseluruhan membincangkan definisi, tujuan dan peringkat melaksana refleksi. Refleksi merupakan satu daripada aspek yang penting dalam melakukan kajian tindakan. Pengkaji perlu sentiasa memikirkan perkaitan refleksi dalam setiap langkah penyelidikan kajian tindakan yang dilakukan. Turut dijelaskan hasil daripada proses membuat refleksi.


PERINGKAT MELAKUKAN REFLEKSI DALAM KAJIAN TINDAKAN

Dalam sesuatu kajian tindakan, refleksi boleh dilakukan sepanjang masa. Walau bagaimanapun, refleksi perlu dilakukan dalam tiga peringkat yang penting iaitu peringkat sebelum kajian, semasa kajian dan selepas kajian.

Peringkat Sebelum Kajian
Sebelum kajian tindakan dimulakan, amalan yang telah dilakukan perlu diingat kembali dan direnungkan. Perlu fikirkan apakah masalah dalam amalan tersebut, mengapakah ia berlaku dan bagaimana masalah itu boleh ditangani. Analisis amalan tersebut dan fikirkan tindakan yang bersesuaian yang perlu dilakukan supaya amalan itu boleh diperbaiki. Apakah strategi yang sesuai boleh digunakan dan bagaimanakah menggunakannya adalah perkara yang juga penting difikirkan dalam peringkat ini. Persoalan-persoalan ini dapat membantu pengkaji dalm mengubal objektif kajian.

Peringkat Semasa Kajian
Semasa pengumpulan dan penganalisisan data, refleksi perlu dilakukan. Pada peringkat ini perlu disemak adakah strategi yang difikirkan sebelum ini sesuai digunakan untuk mengumpul data. Sekiranya tidak sesuai, strategi yang lain boleh digunakan. Dalam masa yang sama, perlu juga difikirkan metod yang sesuai untuk menganalisis data supaya objektif kajian dapat dicapai.

Peringkat Selepas Kajian
Refleksi sangat penting dilakukan selepas menjalankan kajian tindakan. Perubahan yang berlaku terhadap amalan sebelum perlu disintesis. Nilai kembali kesan tindakan yang telah diambil supaya rumusan boleh dilaksanakan dan tindakan susulan boleh dirancang.

            Refleksi pada peringkat ini akan melengkapkan gelung kajian tindakan yang pertama, sama ada perlu beralih kepada gelung kajian tindakan yang seterusnya bergantung kepada refleksi pada peringkat ini.


Friday, 27 March 2015

UNIT 3: REFLEKSI DALAM KAJIAN TINDAKAN


Definisi Refleksi
-Refleksi adalah proses di mana pengetahuan dibina berdasarkan proses mengingat kembali (secara terarah), memikir dan mempertimbang serta membuat penilaian terhadap pengalaman daripada perbuatan, tindakan dan amalan yang dilakukan. Refleksi memerlukan pertimbangan yang berhati-hati atau panjang atau pemikiran yang dibuat dengan sistematik dan rasional.

Refleksi dalam Pendidikan
Guru perlu menjadi pemikir yang reflektif. Guru yang baik adalah guru yang reflektif, responsif terhadap perubahan emosi dan keperluan pendidikan setiap seorang daripada pelajarnya. Knowles (1992) menegaskan bahawa:

“One way to think about the meaning of ‘reflective’ is in terms of properties of mirrors and prisms. Mirrors and transparent prisms reflect and refract light, they change the direction that light rays travel, sometimes even ‘bending’ them back on themselves, causing them to move in direction opposite to that in which they originally travelled.”


Tujuan Refleksi dalam Kajian Tindakan
Refleksi dalam kajian tindakan dilaksanakan sebagai asas untuk menggerakkan seseorang itu untuk mengkaji amalan sendiri dan seterusnya cuba membuat perubahan supaya amalan tersebut dapat diperbaiki atau dipertingkatkan. Ia bertujuan untuk guru:
  1.   menilai amalan pengajaran kendiri dan membaiki serta mempertingkatkannya.
  2.  menilai kesesuaian strategi pengajaran dan bahan bantu mengajar (BBM) yang digunakan.
  3.   meningkatkan keinginan mengkaji dan menjelaskan peranan serta nilai peribadi berkaitan pendidikan secara berterusan.
  4.  menghuraikan penjelasan tentang pelajar, interaksi bilik darjah serta proses pengajaran dan pembelajaran.


Refleksi dalam kajian tindakan bermanfaat untuk:
  1.      menjadi pengukur keperluan pelajar
  2.   meningkat kecekapan guru
  3.  melihat kembali matlamat pendidikan, pengajaran dan pembelajaran
  4.  melihat kaedah dan bahan pengajaran yang lebih baik
  5. melihat kembali matlamat dan objektif yang hendak dicapai


Refleksi juga penting untuk kreativiti manusia. Ia bertujuan dan berfokus, apabila diamalkan setiap hari, menjadi satu tabiat minda yang membolehkan manusia untuk terus memperbaiki dan membuat sebaik mungkin. Refleksi akan membebaskan diri daripada terperangkap dalam andaian sendiri dan bertindak terburu-buru serta membantu untuk belajar daripada kesilapan sendiri.

Thursday, 26 March 2015

BIODATA CIKGU


NAMA :ZUBAIDAH BINTI IBRAHIM

SEKOLAH BERPRATIKAL :SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHUNG CHING                                                                (2014)

JAWATAN DISANDANG:

DI SEKOLAH:

  • GURU KADET REMAJA SEKOLAH
  •  GURU BOLA JARING
  •  GURU PERSATUAN BAHASA MELAYU
  •  AJK PERKHEMAHAN PERDANA SEKOLAH
  •   AJK PROTOKAL HARI KEMERDEKAAN

DI UNIVERSITI:

  • KELAB FASILITATOR BITARA SESI 2012/2013
    •  ANUGERAH KELAB 2012 KATEGORI BUKAN AKADEMIK TEMPAT KETIGA
    • SETIAUSAHA PROGRAM KELAB
    •  AJK PELAKSANA PROGRAM KELAB

  •  KELAB RAKAN SISWA MALAYSIA (KARISMA) SESI 2012/2013
    • AHLI BIASA
DI KOLEJ:
  •   RAKAN SURAU AL-FALAH SESI 2011/2012-2013
    • LAJNAH DAKWAH DAN PENERANGAN

Wednesday, 25 March 2015

GAMBAR-GAMBAR BERSAMA PELAJAR 1A





Gambar 1: bersama pelajar perempuan 1A



Gambar 2: Semasa pengajaran


Gambar 3: Semasa penyusunan meja


Gambar 4: Bersama kesemua pelajar perempuan 1A


Gambar 5: Bersama kesemua pelajar lelaki 1A


Gambar 6: kesemua pelajar 1A



Gambar 7


Gambar 7&8:Bersama pelajar keluar makan.
MODEL-MODEL KAJIAN TINDAKAN


MODEL-MODEL KAJIAN TINDAKAN
Pada asasnya, setiap kajian tindakan akan melibatkan dua unsur, iaitu menyelidik dan bertindak. Kedua-dua unsur ini kemudiannya dikembangkan dan diperincikan kepada model-model penyelidikan yang menjadi ikutan penyelidik tindakan.

1. Model Lewin (1946)

Menurut Lewin (1946), kajian tindakan memperlihatkan suatu kitaran langkah-langkah (a spiral of steps). Suatu kitaran kajian tindakan mempunyai empat langkah iaitu merancang (planning), memerhati (observing) dan mereflek (reflecting). Kitaran ini akan berterusan ke kitaran seterusnya yang melibatkan merancang semula, bertindak , memerhati dan mereflek bagi menghasilkan kitaran baru. Model kajian tindakan Lewin ini ditunjukkan dalam Rajah 1.



2. Model Kemmis & McTaggart (1988)

Kemmis dan McTaggart (1988) menjelaskan, bagi sesetengah kumpulan yang sudah merancang tindakan, mereka boleh memulakan langkah pertama seperti mana yang dikemukakan oleh model Lewin. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat bahawa kebanyakan kumpulan akan memulakan peringkat awal refleksi bagi membuat tinjauan awal (initial reconnaissance) terhadap sesuatu situasi sebagai asas untuk merancang dan bertindak. Model ini ditunjukkan dalam Rajah 2.





3. Model Somekh (1989)

Model kajian tindakan Somekh melibatkan lapan fasa, iaitu mengenal pasti masalah atau fokus kajian yang diminati, mengumpul data, menganalisis data dan membina hipotesis, merancang pelan tindakan, melaksana pelan tindakan, mengumpul data untuk mengesan perubahan, menganalisis dan menilai serta  mengenal pasti fokus penyelidikan yang baru.


Aspek sistematik merupakan kekuatan model ini, di mana setiap langkah diperjelas dengan lebih terperinci, bermula daripada langkah yang mudah dan formal kepada langkah yang lebih terperinci. namun model ini kelihatan agak rumit untuk diikuti kerana memerlukan guru untuk mengikuti setiap langkah yang dinyatakan secara terperinci.


4. Model CRASP Zuber-Skerritt (1991)

Model Zuber-Skerritt menggariskan lima ciri yang menjadi paksi utama kepada kajian tindakan iaitu:
1.             critical collaboration enquiry by
2.             reflective practitioners who are
3.             accountable in making the results of their enquiry public,
4.             self-evaluative in their practice, and engage in
5.             participative problem solving and continuing professional development
Menurut model ini, terdapat lima komponen utama kajian tindakan iaitu kolaborasi atau kerjasama kritikal yang dilakukan oleh pengamal yang reflektif, yang sentiasa bertanggungjawab menyebarkan dapatan mereka, menilai diri dalam amalan dan terlibat dalam menyelesaikan masalah secara bersama demi pembangunan profesional yang berterusan. Walaupun model ini tidak menunjukkan sebarang kaedaah skematik tentang cara pelaksanaan penyelidikan, namun jelas menunjukkan ciri-ciri yang perlu ada dalam proses kajian tindakan. kekuatan model ini ialah kebebasan yang diberi kepada penyelidik dalam melaksanakan kajian tindakan. Suatu penyelidikan dianggap sebagai kajian tindakan sekiranya penyelidik melakukan penyelidikan secara kolaboratif, mengamalkan refleksi secara bersama, bertanggungjawab terhadap datan yang dikemukakan kepada orang lain yang mempunyai kepentingan, melakukan penilaian terhadap diri sendiri serta bersama-sama menyelesaikan masalah demi peningkatan profesionalisme secara berterusan. Walau bagaimanapun, memandangkan tiada format khusus diterangkan untuk memberi panduan kepada penyelidik bagi menjalankan penyelidikan, maka model ini boleh menyebabkan penyelidik tersasar dari perancangan dan pelaksanaan penyelidikan.


5. Model McKernan (1991)

Menurut model McKernan, kajian tindakan melibatkan sekurang-kurangnya dua lingkaran penyelidikan, di mana setiap lingkaran mempunyai enam peringkat, iaitu mengenal pasti masalah, meninjau, menentukan fokus penyelidikan, pelaksanaan rancangan, penilaian dan refleksi, dan membuat keputusan.



Kekuatan model ini terletak pada ketetapan bahawa sesuatu penyelidikan itu diklasifikasikan sebagai kajian tindakan hanya sekiranya penyelidikan tersebut telah melalui sekurang-kurangnya dua lingkaran penyelidikan. hal ini bermakna pendekatan yang dikemukakan oleh McKernan (1990) sangat menekankan proses membentuk perancangan dan proses penilaian semula perancangan serta membentuk semula perancangan untuk tujuan penambahbaikan. Walau bagaimanapun model ini tidak menyarankan amalan kolaboratif sebagaimana yang disarankan oleh Model CRASP Zuber-Skerritt. pendekatan McKernan juga tidak menitikberatkan pendedahan dapatan penyelidikan kepada umum.

6. Model Altrichter et.al (1993)

Menurut Altrichter et al (1993) , setiap projek kajian tindakan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Jadi mereka keberatan untuk menyediakan model yang menunjukkan langkah demi langkah kerana ini akan membataskan laluan yang pelbagai untuk ditujui. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat bahawa kajian tindakan bermula dengan mencari titik permulaan (A). Kemudian, pungutan data dilakukan dan data dianalisis dan seterusnya ini memberi penjelasan kepada situasi yang dikaji (B). Lalu strategi tindakan dibentuk dan dilaksanakan (C). Sesuatu strategi tindakan yang baru tidak semestinya akan dapat menyelesaikan masalah. Maka langkah baru bagi mendapatkan penjelasan akan dilakukan (C ke B) yang akan membawa kepada pembentukan strategi tindakan yang selanjutnya. Hasil kajian perlu dikongsi dengan orang ramai. Model ini ditunjukkan pada Rajah 5.





7. Model McBride & Schostak (1994)

McBride & Schostak (1994) berpendapat, kajian tindakan adalah suatu kitaran yang bermula dengan mengenal pasti masalah atau fokus dan pengumpulan data awal bagi tujuan membentuk hipotesis tentang masalah tersebut. Kemudian, tindakan dibentuk dan dilaksanakan. Data akan dikumpulkan bagi melihat kesan pada perubahan atau tindakan tersebut. Hasil daripada analisis dan penilaian yang dilakukan, akan menentukan kitaran kajian tindakan akan bersambung ke kitaran selanjutnya. Model ini ditunjukkan dalam Rajah 6.


8. Model Johnson (2002) 

Johnson (2002) menyatakan bahawa terdapat lima langkah pentingdalam proses pelaksanaan kajian tindakan . Langkah-langkah tersebut ialah (i) mengenal pasti masalah, (ii) membuat perancangan berhubung data yang akan dipungut dan cara pemungutan (iii) memungut dan menganalisis data, (iv) merumus serta (v) berkongsi dapatan dan pelan tindakan dengan pihak lain yang berkaitan. Satu kelainan model ini ialah langkah terakhir, di mana penyelidik membincangkan persoalan penyelidikan dalam konteks teoritikal. Rajah 7 di bawah menggambarkan model ini



UNIT 2: PROSES DAN PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN


Ada lima proses penting dalam melaksanakan kajian tindakan iaitu:
1.                    idea permulaan
2.                    membina rancangan tindakan
3.                    melaksana tindakan
4.                    memerhati kesan pelaksanaan tindakan 
5.                    mereflek 

1. Idea Permulaan
Suatu kajian tindakan bermula dengan satu idea bahawa suatu perubahan atau penambahbaikan diperlukan dalam amalan guru. Idea tersebut akan terbit daripada rasa prihatin guru terhadap sesuatu perkara praktikal berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang dilakui, di mana suatu masalah sedang dihadapi.          

Contohnya, apabila hampir separuh pelajar sebuah kelas gagal dalam ujian topikal yang baru dijalankan yang membuatkan guru berasa sesuatu perlu dilakukan bagi memulihkan kembali situasi; guru mendapati segelintir pelajarnya tidak memberi sokongan dalam tugasan kumpulan yang diberikan, membuat guru ingin mengetahui sebabnya; guru mendapati seorang guru mata pelajaran lain menggunakan teknik pengajaran berasaskan ICT dengan jayanya di dalam kelas, dan beliau ingin mengetahui sama ada teknik tersebut boleh berjaya diaplikasikan dalam mata pelajaran yang diajarnya atau sebaliknya. Oleh itu guru tersebut mencari jalan untuk mengaplikasikan ICT dalam mata pelajaran yang diajarnya dan mencubanya dalam tindakan kelas. Pendek kata, seseorang pengamal (guru) akan sentiasa berdepan dengan masalah, yang terjadi apabila nilai-nilai yang dipegang bertentangan dengan apa yang berlaku dalam amalan, yang menyebabkan suatu penambahbaikan perlu dicari (Kemmis & Mctaggart,1982; Whitehead,1985). Situasi tersebut akan memberi idea untuk memulakan suatu kajian tindakan. 

Kemmis & McTaggart (1988) menggariskan empat langkah penting bagi menjalankan kajian tindakan; (a) membina suatu rancangan tindakan bagi membaiki sesuatu yyang sedang berlangsung, (b) melaksana rancangan yang dibina, (c) memerhati kesan pelaksanaan dalam konteks bilik darjah, dan (d) mereflek atau mengimbas kembali kesan yang terjadi sebagai asas untuk merancang tindakan seterusnya.

Madzniyah et.al (1995) pula telah mengemukakan prosedur atau proses pelaksanaan kajian tindakan mengikut langkah-langkah berikut:
1.                    Mengenal pasti isu atau masalah atau situasi
2.                    merancang tindakan
3.                    melaksanakan langkah-langkah tindakan
4.                    meninjau dan mengutip data
5.                    tindakan untuk gelungan atau kitaran kedua
McNiff et al (1996) pula berpandangan bahawa asas proses kajian tindakan boleh digambarkan sebagai:
1.                    meninjau amalan semasa
2.                    mengenal pasti sesuatu aspek yang hendak diperbaiki
3.                    membayangkan langkah ke hadapan
4.                    cuba membuat atau mengambil catatan apa yang berlaku
5.                    mengubah suai perancangan berdasarkan apa yang ditemui dan meneruskan tindakan
6.                    menilai model yang telah diubah suai dan seterusnya sehingga berpuas hati dengan semua aspek dalam kajian
Walau apapun pandangan ahli akademik di atas, apa yang dapat disimpulkan ialah proses suatu kajian tindakan itu ternyata telah memperlihatkan satu kitaran yang jelas yang patut dipatuhi oleh pengamalnya.

2. Membina Rancangan Tindakan

Setelah mendapat idea awal untuk memulakan langkah kajian tindakan, penyelidik (guru) perlu membina rancangan untuk bertindak ke arah penambahbaikan. Sebagai permulaan, penyelidik perlu menilai situasi sedia ada bagi mendapatkan maklumat yang akan membantunya merancang tindakan yang bakal diambil. Contohnya, apabila hampir separuh daripada sekumpulan gagal dalam ujian topikal yang ditadbir, maklumat terperinci diperlukan tentang soalan-soalan yang gagal dijawab oleh kumpulan pelajar berkenaan. Maklumat ini dapat diketahui dengan merujuk kepada isi kandungan yang gagal difahami oleh pelajar sehinggakan tidak dapat menjawab soalan yang berkaitan dengan topik berkenaan dalam ujiian topikal. Kemudian berdasarkan maklumat yang terkumpul, penyelidik boleh membentuk soalan penyelidikan:
1.                    Apakah aspek-aspek yang belum difahami oleh pelajar  tentang topik yang diajar?
2.                    Apakah kesukaran yang dihadapi oleh pelajar dalam memahami aspek-aspek tersebut?
3.                    Bolehkah masalah ini diatasi dengan mengajar semula topik tersebut dengan kaedah pembelajaran masteri?
Setelah soalan-soalan penyelidikan Setelah soalan-soalan penyelidikan dibentuk, penyelidik perlu membina suatu kerangka penyelidikan. Bagi kelas yang terlibat, beberapa ujian diagnostik perlu dibina bagi mengesan kelemahan pelajar,serta beberapa contoh yang lebih mudah digunakan dalam pengajaran semula. kemudian, satu ujian setara dengan ujian topikal hendaklah dirangka bagi memastikan sekurang-kurangnya 80% daripada pelajar dapat menjawab kesemua soalan yang dikemukakan.

3. Melaksana Tindakan 

Setelah membina rancangan tindakan, tiba masanya bagi pelaksanaan. Penyelidik (guru) perlu menyemak kembali kertas jawapan pelajar bagi mengenal pasti soalan-soalan yang gagal dijawab oleh kebanyakan mereka, diikuti oleh ujian diagnostik bagi mengesan kesukaran serta kekeliruan yang dihadapi oleh pelajar tentang topik yang diajar. Setelah itu, penyelidik akan mengajar semula topik berkenaan dengan memberi contoh-contoh yang lebih mudah difahami oleh pelajar serta disertai dengan latihan dan bimbingan bagi setiap pelajar secara individu.

4.  Memerhati Kesan Pelaksanaan
Semasa tindakan sedang diambil, penyelidik akan mula mengesan perubahan  dalam kalangan pelajar terbabit, jika ada. Tindak balas yang diberikan oleh pelajar semasa pengajaran semula yang memberi fokus terhadap aspek-aspek yang sukar difahami akan memberi maklum balas kepada penyelidik. Akhir sekali, keputusan ujian setara tentang topik yang diajar akan memberi maklum balas sama ada tindakan yang dilaksanakan berjaya mengurangkan bilangan pelajar yang gagal kepada hanya 20% daripada keseluruhan pelajar.

5.  Mereflek

Kesan yang berlaku dalam sesuatu penyelidikan walaupun positif masih boleh dipertingkatkan lagi. Hal ini dapat dilakukan melalui refleksi yang dapat membantu penyelidik mengenal pasti kelemahan dalam ujian diagnostik yang tidak dapat mengesan kelemahan tertentu dalam kalangan pelajar. Di samping itu, pelajar mungkin gagal menjawab aspek-aspek lain dalam ujian setara, berikutan kefahaman pelajar yang tidak kekal untuk tempoh masa panjang. Secara amnya, penyelidik perlu mencari idea untuk mengatasi masalah retention kefahaman pula, dan ini akan menjurus kepada satu lagi pusingan penyelidikan baru yang perlu dirancang untuk tindakan seterusnya.