MODEL-MODEL KAJIAN TINDAKAN
MODEL-MODEL
KAJIAN TINDAKAN
Pada asasnya, setiap kajian tindakan akan
melibatkan dua unsur, iaitu menyelidik dan bertindak. Kedua-dua unsur ini
kemudiannya dikembangkan dan diperincikan kepada model-model penyelidikan yang
menjadi ikutan penyelidik tindakan.
1. Model
Lewin (1946)
Menurut Lewin (1946),
kajian tindakan memperlihatkan suatu kitaran langkah-langkah (a spiral of
steps). Suatu kitaran kajian tindakan mempunyai empat langkah iaitu
merancang (planning), memerhati (observing) dan mereflek (reflecting).
Kitaran ini akan berterusan ke kitaran seterusnya yang melibatkan merancang
semula, bertindak , memerhati dan mereflek bagi menghasilkan kitaran baru.
Model kajian tindakan Lewin ini ditunjukkan dalam Rajah 1.
2. Model Kemmis & McTaggart (1988)
Kemmis dan McTaggart (1988) menjelaskan, bagi
sesetengah kumpulan yang sudah merancang tindakan, mereka boleh memulakan
langkah pertama seperti mana yang dikemukakan oleh model Lewin. Walau
bagaimanapun, mereka berpendapat bahawa kebanyakan kumpulan akan memulakan
peringkat awal refleksi bagi membuat tinjauan awal (initial reconnaissance)
terhadap sesuatu situasi sebagai asas untuk merancang dan bertindak. Model ini
ditunjukkan dalam Rajah 2.
3.
Model Somekh (1989)
Model kajian tindakan Somekh melibatkan lapan fasa, iaitu
mengenal pasti masalah atau fokus kajian yang diminati, mengumpul data,
menganalisis data dan membina hipotesis, merancang pelan tindakan, melaksana
pelan tindakan, mengumpul data untuk mengesan perubahan, menganalisis dan
menilai serta mengenal pasti fokus penyelidikan yang baru.
Aspek sistematik
merupakan kekuatan model ini, di mana setiap langkah diperjelas dengan lebih
terperinci, bermula daripada langkah yang mudah dan formal kepada langkah yang
lebih terperinci. namun model ini kelihatan agak rumit untuk diikuti kerana
memerlukan guru untuk mengikuti setiap langkah yang dinyatakan secara
terperinci.
4. Model CRASP Zuber-Skerritt (1991)
Model Zuber-Skerritt menggariskan lima ciri yang menjadi paksi
utama kepada kajian tindakan iaitu:
1.
critical collaboration enquiry by
2.
reflective practitioners who are
3.
accountable in making the results of their enquiry public,
4.
self-evaluative in their practice, and engage in
5.
participative problem solving and continuing professional
development
Menurut model ini, terdapat lima komponen
utama kajian tindakan iaitu kolaborasi atau kerjasama kritikal yang dilakukan
oleh pengamal yang reflektif, yang sentiasa bertanggungjawab menyebarkan
dapatan mereka, menilai diri dalam amalan dan terlibat dalam menyelesaikan
masalah secara bersama demi pembangunan profesional yang berterusan. Walaupun
model ini tidak menunjukkan sebarang kaedaah skematik tentang cara pelaksanaan
penyelidikan, namun jelas menunjukkan ciri-ciri yang perlu ada dalam proses
kajian tindakan. kekuatan model ini ialah kebebasan yang diberi kepada
penyelidik dalam melaksanakan kajian tindakan. Suatu penyelidikan dianggap
sebagai kajian tindakan sekiranya penyelidik melakukan penyelidikan secara
kolaboratif, mengamalkan refleksi secara bersama, bertanggungjawab terhadap
datan yang dikemukakan kepada orang lain yang mempunyai kepentingan, melakukan
penilaian terhadap diri sendiri serta bersama-sama menyelesaikan masalah demi
peningkatan profesionalisme secara berterusan. Walau bagaimanapun, memandangkan
tiada format khusus diterangkan untuk memberi panduan kepada penyelidik bagi
menjalankan penyelidikan, maka model ini boleh menyebabkan penyelidik tersasar
dari perancangan dan pelaksanaan penyelidikan.
5. Model McKernan (1991)
Menurut model McKernan, kajian tindakan melibatkan
sekurang-kurangnya dua lingkaran penyelidikan, di mana setiap lingkaran
mempunyai enam peringkat, iaitu mengenal pasti masalah, meninjau, menentukan
fokus penyelidikan, pelaksanaan rancangan, penilaian dan refleksi, dan membuat
keputusan.
Kekuatan model ini
terletak pada ketetapan bahawa sesuatu penyelidikan itu diklasifikasikan
sebagai kajian tindakan hanya sekiranya penyelidikan tersebut telah melalui
sekurang-kurangnya dua lingkaran penyelidikan. hal ini bermakna pendekatan yang
dikemukakan oleh McKernan (1990) sangat menekankan proses membentuk perancangan
dan proses penilaian semula perancangan serta membentuk semula perancangan
untuk tujuan penambahbaikan. Walau bagaimanapun model ini tidak menyarankan
amalan kolaboratif sebagaimana yang disarankan oleh Model CRASP Zuber-Skerritt.
pendekatan McKernan juga tidak menitikberatkan pendedahan dapatan penyelidikan
kepada umum.
6. Model Altrichter et.al (1993)
Menurut Altrichter et al (1993) , setiap
projek kajian tindakan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Jadi mereka
keberatan untuk menyediakan model yang menunjukkan langkah demi langkah kerana
ini akan membataskan laluan yang pelbagai untuk ditujui. Walau bagaimanapun,
mereka berpendapat bahawa kajian tindakan bermula dengan mencari titik
permulaan (A). Kemudian, pungutan data dilakukan dan data dianalisis dan
seterusnya ini memberi penjelasan kepada situasi yang dikaji (B). Lalu strategi
tindakan dibentuk dan dilaksanakan (C). Sesuatu strategi tindakan yang baru
tidak semestinya akan dapat menyelesaikan masalah. Maka langkah baru bagi
mendapatkan penjelasan akan dilakukan (C ke B) yang akan membawa kepada
pembentukan strategi tindakan yang selanjutnya. Hasil kajian perlu dikongsi
dengan orang ramai. Model ini ditunjukkan pada Rajah 5.
7.
Model McBride & Schostak (1994)
McBride & Schostak (1994) berpendapat, kajian
tindakan adalah suatu kitaran yang bermula dengan mengenal pasti masalah atau
fokus dan pengumpulan data awal bagi tujuan membentuk hipotesis tentang masalah
tersebut. Kemudian, tindakan dibentuk dan dilaksanakan. Data akan dikumpulkan
bagi melihat kesan pada perubahan atau tindakan tersebut. Hasil daripada
analisis dan penilaian yang dilakukan, akan menentukan kitaran kajian tindakan
akan bersambung ke kitaran selanjutnya. Model ini ditunjukkan dalam Rajah 6.
8.
Model Johnson (2002)
Johnson (2002) menyatakan bahawa terdapat lima langkah pentingdalam
proses pelaksanaan kajian tindakan . Langkah-langkah tersebut ialah (i)
mengenal pasti masalah, (ii) membuat perancangan berhubung data yang akan
dipungut dan cara pemungutan (iii) memungut dan menganalisis data, (iv) merumus
serta (v) berkongsi dapatan dan pelan tindakan dengan pihak lain yang
berkaitan. Satu kelainan model ini ialah langkah terakhir, di mana penyelidik
membincangkan persoalan penyelidikan dalam konteks teoritikal. Rajah 7 di bawah
menggambarkan model ini